assalamualaikum.
dalam dunia ni tuhan ciptakan dua golongan,kaum adam dan kaum hawa.sila jangan kira sekali kaum adam ala2 hawa (fondann) dan dan kaum hawa ala2 adam.aku hanya emphasize kaum perempuan dan lelaki SAHAJA.ok,pembuka bicara yang penuh dengan diskriminasi.
jadi,bila Allah ciptakan kaum adam dan kaum hawa,mestilah kaum adam tercipta untuk kaum hawa dan sebaliknya.itu lumrah alam.kita mesti terima.dalam proses nak menerima lumrah kehidupan ni,kita as manusia mesti pandai menilai.aku bukan nak bagi tips nak memilih suami atau apa.cuma peringatan kepada perempuan2 kat luar sana dalam memilih "jenis" lelaki yang berdamping dalam kehidupan seharian kita.
tak dinafikan lelaki jugak membawa pengaruh dalam hidup kita.ok,contoh paling bodo la aku bagi,kalau hang baik,pi kawan dengan laki yang macam setan tak berapa baik,paling sikit la,tak banyak,dia akan mempengaruhi hidup hang.lain lah kalau hang seorang ada jati diri tinggi,anda pasti mengubah mereka ke arah kebenaran.DAN ANDA ADALAH SEORANG PEREMPUAN YANG SANGAT AWESOME!
so,ciri2 lelaki yang kita sebagai seorang perempuan PATUT REJECT!
1.DEMAND TINGGI GILA VAVI.
kenapa lelaki macam ni patut kita reject? aku bahagikan kes ni kepada dua.
bila lelaki hensem yang demand gila vavi,contohnya :
EDWARD CULLEN: i sebenarnya suka tengok perempuan rambut lurus macam iklan shampoo rejoice.u curly hair kan? i tak minat sangat la.i boleh rimas kalau tengok lama2.
RABILLAH AZWAN: takpa,kami sedaq sapa kami ni.
tetttttttttttttttttt!!! lelaki macam ni la punca nak bagi seorang perempuan yang asalnya berkeyakinan tinggi,percaya dengan kelebihan sendiri menjadi down di bawah paras minimum.bila perempuan yang feeling down dengan mamat macam ni,mula la depa akan rasa ugly,tak guna,useless.lepas tu membawa kepada hilang keyakinan diri bila nak berhadapan dengan lelaki lain.
ini agak annoying rasanya.macam takdak cermin kat rumah,kemudian mintak kita cermin diri sendiri.jadi belilah cermin banyak2 kat golongan yang macam ni supaya dia tak lupa nak cermin diri sendiri.jangan lupa beli berus banyak2,sental kepala otak depa.dalam erti kata lain,brainwash.
NASIHAT KAKAK AWIN:
bila berhadapan dengan manusia macam ni,tenang kan hati.bisikkan kata peransang,contoh nya "aku peduli apa.hang tak suka,hang boleh pegiiiiii daaa".dan ingat,jangan sesekali makan hati dengan kata2 depa.ingat,kita ni manusia ciptaan Allah.sesungguhnya,ciptaan Allah itu pasti ada keistimewaannya,yang terzahir mahupun yang batin.pasti ada yang menganggap kekurangan kita sebagai satu keistimewaan.kau ada?? =)
2.ANGKAT SANA ANGKAT SINI.
pasti anda membayangkan lelaki yang suka angkat perempuan atau dukung sana sini.cis.bukan sama sekali.aku nak bercakap tentang lelaki banyak skandal.adik angkat la,kakak angkat la,kawan rapat la,kawan karib la,kawan kesukaan la.silap haribulan girlfriend angkat pun depa balun.haha.
aku bercakap berdasarkan pemerhatian aku.lumrahnya,perempuan ni sifat dia,KUAT CEMBURU.tolong jangan nafikan.tak banyak pun,sikit mesti ada kan? dan...perempuan ni suka bila diberi perhatian sepenuhnya.bila rasa takdak orang care,mesti rasa nak menggila.
aku tengok,bila seorang perempuan rapat dengan lelaki macam ni,selalu nya ending dengan pergaduhan.pergaduhan yang bukan ja melibatkan lelaki ni saja but dengan geng2 angkat lelaki ni pun hang perang sama.! puncanya tak lain tak bukan,JEALOUS.hangpa akan rasa ada pihak cuba nak tarik lelaki ni,hangpa jugak akan rasa lelaki ni pilih kasih.
KASAUNOVA: yang comel berdiri tengah,yang cantik berdiri tepi,yang so-so tunggu sat na.satgi i layan.hahahaaa.
NASIHAT KAKAK AWIN:
kalau anda rasa anda memang tak boleh pi dengan lelaki macam ni,jauhkan lah diri anda.reject cara baik la.i tak ajar pun u olls maki2 okeh.sebab nya,jika anda semua berkawan dengan lelaki macam ni,anda akan senang rasa tergugat.percayalah cakap saya. ;)
3.KUAJAQ!
dalam bahasa mudah paham,KURANG AJAR.lelaki macam ni amat2 lah annnoying.kalau setakat benda remeh2 tak kisah la kan.sebab nobody's perfect.kalau kuajaq dalam segenap aspek,boleh naik meluat dan tahap nak kasi pelempang memang meluap-luap hokehhh.
contoh situasi (indahnya bahasa):
MAIL LAMBUNG: woi pompuan,lu tolong gua ni jap.tak paham sial soalan ni.
MINAH TIMANG: baik awak..kite tolong ye.bla bla bla...bla..bla....bla..
MAIL LAMBUNG: sial kau aku tak paham la derr...apekebende kau mencarut pun aku tau.
MINAH TIMANG: !@#$%^&*()*&^y%t$re#e#$
*tidak semena-mena,mail lambung arwah keesokan hari nya akibat pendarahan otak yang serius.
NASIHAT KAKAK AWIN:
kalau anda memang pantang tok nenek dengan manusia macam ni,better jauhkan diri atau pihak akhbar tabloid terpaksa reserve muka depan siap2 kat anda.lain pulak kalau anda seorang penyabar,mampu mengubah lelaki ni dari tak baik kepada baik,THUMBS UP TO U! ingat,ada lelaki yang berubah atas dorongan seorang perempuan.girls power! ;D
4.PELASTIK!
plastik dan tak realistik! lelaki macam ni,sering kali hidup dalam pelbagai identiti.depan perempuan pergghh bukan main baik,kemas bersih,sopan santun,indah budi bicara n bla bla bla..dekat rumah,jadi orang lain pulak.pemalas,pengotor,suka buat sepah,melawan parents tu macam wakil sekolah lawan pantun peringkat daerah.
lagi satu,depan perempuan romantik gila bangang,tapi balik rumah,layan adik pun takmau.cis.menyampah aku.
NASIHAT KAKAK AWIN:
lelaki macam ni susah nak detect ke-pelastikan-nya.so be wise,jangan mudah terpedaya.kelak anda merana.wah ayat.kalau anda nak detect,senang ja.berbaik-baiklah dengan ahli keluarga lelaki ni macam abang,kakak,mak,ayah etc.bukan bertujuan nak ambik kesempatan,cuma nak KOREK RAHSIA SI TALAM BANYAK MUKA! hahahahaah.
sebenarnya banyak lagi ciri2 yang boleh kita ketengahkan but jari aku pun dah tinggal setengah.so,sehingga ketemu lagi di lain entry.jangan lupa like kalau anda setuju! =D
p/s:and compare to all their great things that would take too long to write,i probably should mention their special traits too.